Friday, 12 December 2014

Cat Untuk Rumah

Esok nak pilih cat untuk rumah baru...

Sepakat memilih hijau pucuk pisang yg lite untuk living dan dining, lite grey untuk dapur dan yellow brown untuk living room atas...

Saturday, 14 December 2013

Kajian tentang khasiat kurma

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Buah kurma juga sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Kandungan Hormon Yang Menguatkan Ibu Hamil

1. Zat Besi dan Kalsium- Bermanfaat untuk produksi hemoglobin dan sel darah merah, sehingga akan sangat melindungi ibu hamil dari kekurangan sel darah merah atau anemia. Jika kebutuhan akan zat besi ini terpenuhi, maka peredaran darah akan lancar dan sari-sari makanan akan beredar dengan lancar.

Kalsium yang terdapat di dalam sari buah kurma juga membantu menguatkan tulang si ibu dan membantu pertumbuhan tulang serta mengaktifkan sel-sel otak janin.

2. Hormon Potuchin- yang berfungsi untuk mengikat rahim dan otot rahim sehingga dapat membantu mengurangi pendarahan pasca melahirkan, ia juga akan membantu memacu kontraksi di pembuluh darah vena yang ada di sekitar payudara ibu, sehingga memacu kelenjar air susu untuk menghasilkan air susu ibu.

3. Hormon Oksitosin- yang dapat membantu merangsang kontraksi pada otot-otot rahim sehingga mempermudah persalinan.

4. Kandungan Fiber atau Serat Yang Tinggi- kandungan ini pada sari buah kurma juga merupakan yang paling besar dibandingkan buah-buahan lain. Fiber memiliki manfaat untuk memperlancar proses pembuangan, sehingga pada saat persalinan, tidak ada sisa-sisa makanan yang berbentuk tinja menumpuk di usus dan memperlambatkan proses persalinan.

Begitu banyaknya khasiat yang terkandung dalam buah kurma. Mari kita budayakan mengkonsumsi kurma dalam keseharian kita. Semoga bermanfaat ...

Friday, 13 December 2013

Happy new year 2014

Alhamdulillah..
Dipanjangkan umur untuk melalui kehidupan  di tahun baru..

Moga tahun ini memberikan rezeki yang melimpah luah kepada kami sekeluarga...

Azam tahun 2014
1. Nak kurus ke berat badan sebelum kahwin iaitu 55kg dalam masa 6 bulan.
2. Upgrade stokis qaseh gold dalam masa 6 bulan juga.
3. Langsai hutang kereta dan mara.
4. Ada current account
5. Monthly sale increase 1k every month starting january 2014.
6. Jaga solat,jaga hubungan dengan suami
7. Kurangkan marah pada anak2... bagi motivasi bukan arahan.
8. Nak bagi elaun pada mak increase rm200 each month.
9. Jaga mulut, be positif always.
10. Nak pegi melancong ke Singapore atau Bandung dengan duit Qaseh sahaja.. Nak bawak mak abah sekali...

Inshaa Allah.. akan aki usahakan hingga  berjaya dengan cemerlang..

Doakan saya ye..

Amin...

FAKTA: Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam

FAKTA: Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam

Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.



Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.




Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.


Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.



Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.



Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”



==##==

 

Wednesday, 9 October 2013

Facebook Fan Page

 Official online shoppe for Saz-Ameera QG..
Pengedar sah produk anaedar..


Saz-Ameera QG

Launching!!

Assalamualaikum.....

Ini official online shop saya... khas untuk blogger2 dan online shoppers...

Sudi2kanlah shopping2 disini...
Jika ada kekurangan.. sila comment untuk penambahbaikan kedai maya ni...

Baru berjinak2 dlm dunia online shoppe... harap dapat support sepenuhnya....

Nantikan post2 terbaru pasal produk ye....

Sampai berjumpa lagi...

Assalamualaikum....